TAFSIR (SURAH AL-ASR)
1 وَالْعَصْرِ
Demi Masa!
2 إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
3 إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
Biasanye surah ni kite baca bile nak menutupi sesuatu majlis ilmu seperti Ta'lim ,Usrah, ceramah, dan lain-lain lagi. Ini kerana, maksud surah ini sendiri telah menunujukkan fungsinye menyarankan kite agar menyampaikan ilmu-ilmu yang kite perolehi dari majlis yang kita hadhiri itu.. Imam Syafi'i sendiri telah mengatakan surah ini telah merangkumi sebahagian besar daripada Islam. Kenapa? Sebab kepentingan masa itu sendiri dan kepentingan untuk menyampaikan dan berpesa-pesan dalam agama Islam. Kenapa pula Allah bersumpah demi masa? Sebab, sume orang ada masa kan, dan masa itulah nyawa dan hayat seseorang. Adakah kite sanggup membuang hayat kita dengan benda-benda yang tak pekdah? Bukankan kite berjanji untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini satu masa dahulu? Jika 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di bumi (maknanye planet bumi baru 2 hari umurnye), apakah benda yang paling utama yang patut dibuat dengan masa 60 tahun (0.06 hari) ni? Jadi kawan-kawan, sesame la kite renung-renungkan...
Thursday, January 7, 2010
Tuesday, January 5, 2010
Usrah
Saturday, January 2, 2010
Sumo
Subscribe to:
Comments (Atom)
Selamat Datang
Selamat datang ke blog 'Malaysia to Japan'. Di blog ini saya akan berkongsi pelbagai informasi mengenai negara tercinta kita, Malaysia dan negara termaju dunia, Jepun. Jom layan...

