Selamat tahun baru kepada semua manusia didunia ini yang mengikut kalendar Masihi... Sebut pasal tahun baru masing-masing mesti ada azam baru kan?. Apakah azam baru anda? Adakah berazam untuk menyempurnakan azam lama? Hehe..
Walaubagaimana sekalipun azam anda, yang penting sekali adalah memperbaharui iman anda (bagi muslim) dan memperbaharui hubungan dengan sekitar kita.. Termasuklah hubungan dengan makhluk dan bukan makhluk, dan segala alam didunia ini, iaitu dengan Tuhan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, pokok, batu, kucing, kambing, dan orang mahupun alien.. Orang tu termasuklah dengan orang yang kita sayangi, ibu bapa, rakan-rakan, guru-guru, dan juga dengan orang yang tidak kita kenali yang terjumpa dekat tepi jalan ke, mak cik pengutip sampah ke, pengemis ke, mahupun orang gilak.. Anda perlu ingat, anda membawa agama anda (bagi yang beragama) terutamanya bagi orang beragama Islam yang Taslim, anda adalah wajah Islam. Jika
beruk buruk hubungan kita dengan persekitaran kita, buruklah orang akan pandang agama kita.. Selamat metiti tahun baru dengan bermakna.. Salam..
No comments:
Post a Comment