Thursday, January 7, 2010

Usrah (7 Jan 2010)

TAFSIR (SURAH AL-ASR)

1 وَالْعَصْرِ
Demi Masa!

2 إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

3 إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

 Biasanye surah ni kite baca bile nak menutupi sesuatu majlis ilmu seperti Ta'lim ,Usrah, ceramah, dan lain-lain lagi. Ini kerana, maksud surah ini sendiri telah menunujukkan fungsinye menyarankan kite agar menyampaikan ilmu-ilmu yang kite perolehi dari majlis yang kita hadhiri itu.. Imam Syafi'i sendiri telah mengatakan surah ini telah merangkumi sebahagian besar daripada Islam. Kenapa? Sebab kepentingan masa itu sendiri dan kepentingan untuk menyampaikan dan berpesa-pesan dalam agama Islam. Kenapa pula Allah bersumpah demi masa? Sebab, sume orang ada masa kan, dan masa itulah nyawa dan hayat seseorang. Adakah kite sanggup membuang hayat kita dengan benda-benda yang tak pekdah? Bukankan kite berjanji untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini satu masa dahulu? Jika 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di bumi (maknanye planet bumi baru 2 hari umurnye), apakah benda yang paling utama yang patut dibuat dengan masa 60 tahun (0.06 hari) ni? Jadi kawan-kawan, sesame la kite renung-renungkan...

Tuesday, January 5, 2010

Usrah

 Kepada sesiapa yang nak pergi atau sambung belajar diluar negara nanti seperti Jepun, US, dan lain-lain lagi, Usrah adalah satu benda yang penting untuk mengelakkan korang dari tersesat atau terpesong serta lupa diri bila diluar negara nanti.Usrah merupakan satu badan dakwah Islam, tapi bukanlah satu aktiviti keluar berdakwah, tapi bila korang dah join Usrah ni, bermaksud ko telah melakukan sebahagian daripada kerja Dakwah. Meh la aku terangkan sikit mengenai Usrah mengikut pengetahuan sedia ada aku yang cetek ni.. (Hm.. gambar sape la yang aku letak ni ek..?)

Saturday, January 2, 2010

Sumo



 Bile sebut je Sumo, orang akan terbayang Jepun.. Ha.. jom kite lihat ape tu Sumo.. Sumo adalah sukan tradisional Jepun dimana seorang ahli Sumo yang dipanggil Rikishi (bukan Rekishi ea.. he..) cuba untuk menolak lawannye keluar dari gelanggang bulat yang bernama Dohyo atau memaksa lawannya menyentuh tanah dengan apa-apa bahagian selain daripada tapak kaki. Orang Jepun menganggap Sumo sebagai sukan kebangsaan. Ia satu tradisi yang sangat lama dan sehingga hari ini, sukan ini tetap mempunyai banyak elemen upacara seperti penggunaan garam untuk penyucian sejak zaman ia digunakan di dalam agama Shinto lagi.. Macam kat Malaysia la, pemain bola cium rumput la.. Sentuh padang bola bile masuk padang la.. Kononnye nak menghormati padang, kasi ada ong bila main. Hehehe...

Selamat Tahun Baru



Selamat tahun baru kepada semua manusia didunia ini yang mengikut kalendar Masihi... Sebut pasal tahun baru masing-masing mesti ada azam baru kan?. Apakah azam baru anda? Adakah berazam untuk menyempurnakan azam lama? Hehe..

Selamat Datang

Selamat datang ke blog 'Malaysia to Japan'. Di blog ini saya akan berkongsi pelbagai informasi mengenai negara tercinta kita, Malaysia dan negara termaju dunia, Jepun. Jom layan...