Usrah dari segi bahasa Arab ialah keluarga. Dari segi istilah pula, Usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam. Bilangan anggota dalam sesuatu kumpulan Usrah adalah terhad. Ha.. ni kire limited edition la ni, rebut, rebut.. Jangan tak rebut.. Tapi tak ingat lah brape, ritu Naqib ada cakap.. Berbelas gak la. Hehe.. Bilangan anggota dihadkan kerana Usrah mementingkan kualiti dari kuantiti. Sebagai contoh Nabi Muhammad s.a.w. menanamkan aqidah dalam diri para sahabat yang akhirnya mampu menggerakkan individu tersebut menyampaikan dakwah.
Rukun Usrah ada 3, seperti yang ditulis yang dibawah ini..
1. Taaruf- Taaruf bermaksud berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang antara ahli Usrah (yang sejantina je la ea...).
2. Tafahum- Tafahum maksudnya bersefahaman. Sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara satu sama lain. Ini dapat menjaga hubungan antara ahli Usrah dan mengelakkan konflik dan pepecahan..
3. Takaful- Ha.. ni macam penah dengar kan, insurans kan,kan... Sebenarnya Takaful di dalam bahasa Arab membawa maksud saling jamin-menjamin atau saling pelihara-memelihara. Dalam Usrah, maksudnya ialah membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela. Maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh member Usrahnya..
1. Takrif- Iaitu penerangan, menunujukan Islam yang sebenar. Bercampur dengan orang yang ingin didakwah dan bersabar dengan kerenah mereka tetapi tidak larut mengikut mereka.
2. Takwin- Pembinaan dan pembentukan.
3. Tanfiz- Perlaksanaan. Iaitu orang yang telah mengikuti Tarbiyah perlulah melaksanakan Takrif dan Takwin.. Dakwah yang dilakukan tanpa Tarbiyah adalah umpama berlari ketengah padang tempur dan melepaskan tembakan tak bersubjek.. Maksudnye sia-sia la.. Hehe..
Pelopor Usrah ialah Imam Hasan Al-Banna. Beliau lahir pada 1902 dan mati ditembak pada 1949. (Ha.. gambar kat atas tu, gambar tokoh ni la..) Beliau pernah merasai 2 zaman, iaitu zaman Khalifah (1902-1924) dan zaman kejatuhan Khalifah/Jahiliah (1924-1928) Beliau memperkenalkan pelan besarnya, 7 Maratib Amal..
1. Individu Mulim (Usrah)2. BM
3. MM
4. KI
5. DI
6. EI
7. UA
Aku rase banyak lagi kurang ni.. Ade sesape leh tulun tambah? :'(
ReplyDelete